Tuesday, 17 January 2017

DLP Science Year 1: Scientific Skills

Science Process Skills
For Year 1, there are two science process skill pupils have to learn
  • Observing
  • Communicating

Today, we will learn about observing.
We observe using our senses.

The senses are
  1. Sense of touch
  2. Sense of sight
  3. Sense of smell
  4. Sense of taste
  5. Sense of hearing






Activity zone. 
Every pupils pluck a flower. They are guided to observe the flower and fill in the worksheet base on their observation.




Activity zone.
 Every pupils take a candy. They are guided to observe the candy and fill in the worksheet base on their observation.



Notes:

How we observe? Which part of our body we use to observe?




What are the new words we have to know and understand the meaning?




Worksheets: Complete the exercises to master the terms.






Kemahiran Proses Sains: Meramal dan Membuat Inferens


Kemahiran meramal melibatkan aktiviti menjangkakan dan mengagak secara logik apa yang mungkin terjadi berdasarkan keadaan atau fenomena semasa. Ramalan yang dibuat adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lalu.

Gambar situasi di bawah digunakan dalam aktiviti sumbangsaran dan mencetus idea.


Set gambar di bawah ini terdiri daripada lima gambar yang terdiri daripada dua gambar berkaitan kemahiran meramal dan tiga gambar berkaitan kemahiran membuat inferens. Gambar-gambar ini digunakan sebagai aktiviti tambahan. Set gambar ini dilekatkan pada dinding kelas. Murid akan merujuk gambar-gambar ini untuk melengkapkan lembaran kerja yang diedarkan kepada murid secara individu. Hasil kerja murid dibincangkan dalam sesi P&P berikutnya.


Gambar 3


Gambar 4 

Gambar 5


Lembaran kerja individu

Kemahiran Proses Sains: Mengukur dan Menggunakan Angka

Bagi Tahun 3, Kemahiran Proses Sains yang perlu dikuasai ialah:

  • Kemahiran memerhati
  • Kemahiran mengelas
  • Kemahiran mengukur dan menggunakan angka
  • Kemahiran Meramal
  • Kemahiran Membuat Inferens
Kemahiran pada kali ini ialah kemahiran mengukur dan menggunakan angka.

Gambar di bawah menunjukkan antara proses mengukur dalam kehidupan harian. Aktiviti dalam buku teks lebih menumpu kepada pengukuran panjang dan penyukatan isi padu cecair.



Lembaran kerja di bawah ini adalah berdasarkan aktiviti mengukur dalam buku teks.


Monday, 2 January 2017

Kemahiran Proses Sains: Memerhati dan Mengelas

Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3

Kemahiran proses sains untuk kali ini ialah memerhati dan mengelas.

Aktiviti dalam kelas

  1. Murid memilih satu objek yang terdapat di dalam kelas.
  2. Murid diminta memerihalkan objek tersebut dengan menggunakan deria yang sesuai iaitu deria lihat, bau, dengar, rasa (lidah) dan rasa (sentuh). Murid menggunakan sebanyak deria yang boleh.
Aktiviti luar kelas
  1. Murid memetik sehelai daun di kawasan sekitar kelas.
  2. Murid memerihalkan daun tersebut dengan menggunakan deria yang sesuai iaitu deria lihat, bau, dengar, rasa (lidah) dan rasa (sentuh). Murid menggunakan sebanyak deria yang boleh.











Aktiviti dalam bilik darjah.

Aktiviti 1

  1. 10 murid keluar ke hadapan kelas. 
  2. 10 murid ini membentuk kumpulan
  • berdasarkan jantina 
  • berdasarkan uniform yang dipakai
Aktiviti 2

i. Set butang ini mempunyai pelbagai warna dan tiga saiz. Murid membentuk kumpulan. Setiap kumpulan diberikan sama ada
  • beberapa butang yang sama saiz tetapi berlainan warna. Contohnya, 3 butang merah, 5 butang krim dan 2 butang hitam.
  • beberapa butang yang berlainan saiz. Contohnya, 2 butang kuning, 4 butang biru dan 6 butang putih.
ii. Murid membuat pengelasan butang sama ada berdasarkan warna ataupun saiz.







Lembaran kerja untuk aktiviti kumpulan.


  1. Setiap kumpulan diberikan set lembaran kerja ini. 
  2. Kumpulan berbincang bagaimana mereka ingin mengelaskan gambar objek yang diberi.
  3. Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja dan dibincangkan.




  1. Setiap kumpulan diberikan set lembaran kerja ini. 
  2. Kumpulan berbincang bagaimana mereka ingin mengelaskan gambar objek yang diberi. Kumpulan mengguntingkan gambar objek dan menampalkannya pada ruangan yang disediakan berdasarkan pengelasan yang mereka fikirkan sendiri.
  3. Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja dan dibincangkan.



Aktiviti mengelas 3 Arif