Wednesday 1 March 2017

DST Tahun 3: Ciri-ciri Haiwan

CIRI-CIRI HAIWAN

Nota:

Ciri-ciri haiwan boleh dihuraikan berdasarkan empat perkara utama iaitu

  • litupan badan
  • anggota badan
  • cara membiak
  • habitat
Aktiviti:

  1. Murid dibahagikan kepada kumpulan berlima atau berenam.
  2. Setiap kumpulan diberikan satu haiwan seperti dalam senarai di bawah:
  • itik
  • kambing
  • kura-kura
  • helang
  • gajah
  • ikan lumba-lumba
  • beruang
  • arnab
          atau apa-apa haiwan lain yang sesuai.

      3. Setiap kumpulan diberikan 2 helai kertas A4 (atau apa-apa kertas yang sesuai). Murid diminta             melakarkan haiwan yang dinyatakan pada salah satu kertas. Pada kertas yang satu lagi, murid             menyenaraikan seberapa banyak yang boleh ciri-ciri bagi haiwan berkenaan. Ciri-ciri ini adalah           berdasarkan empat perkara utama dalam nota di atas.

      4. Setiap kumpulan membentang hasil kerja mereka.


      Berikut adalah contohnya:






KPS: memerhati, berkomunikasi (penulisan dan rajah)
KM: melakar